Kow Gah Chie
LIHAT VIDEO DI SINI
Menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau 'akan mati' serta
merta sekiranya melihat RM4 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menjawab kenyataan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mendakwa hampir pengsan selepas ditunjukkan jumlah
berkenaan dalam akaun Najib.
"Kenapa dia tak pengsan, kenapa hampir pengsan kalau betul. Dia patut pengsan jika ia betul.
"Hakikatnya tak betul, itu sebab dia tak pengsan.
"Sepatutnya dia (Muhyiddin) pengsan bila tengok akaun Najib ada RM4 billion. Bila dia tak pengsan, makna itu tak betul.
"Kalau saya tengok RM4 bilion, bukan saya pengsan, saya mati terus," katanya.
"Saya kenal Datuk Seri Najib. Dia bukan jenis orang yang curi wang.
Biar saya beritahu kamu," kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu.
Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank Najib sebelum RM2.6 bilion derma dilaporkan secara meluas.
Katanya, beliau mendapat tahu mengenai deposit itu selepas peguam
negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat
dengannya.
Muhyiddin, yang juga presiden protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) berkata ia bermakna hampir RM4 bilion berada dalam akaun
Najib.
Sementara itu, Nazri enggan mengulas kenyataan anggota jawatankuasa
protem BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah, yang menggesa pemimpin
Umno tidak bersikap 'hipokrit'.
Nazri berkata tidak penting baginya untuk mengulas kenyataan pemimpin BERSATU.
"Dia seorang budak, saya tak kenal dialah. Tak penting.Kamu mahu saya
ulas, (dia mesti) seorang ahli politik sebenar. Seseorang yang telah
dipilih oleh rakyat.
"Jika beliau bercakap saya akan beri respons tetapi orang lain tidak
penting kepada saya," katanya menggesa Syed Saddiq untuk
bertanding pilihan raya umum.
Syed Saddiq menyelar Umno kerana tidak menegakkan sistem Raja
Berperlembagaan apabila kerajaan mewartakan Akta Majlis Keselamatan
Negara tanpa persetujuan majlis raja-raja, sementara Tun Dr Mahathir
Mohamad dikritik kerana menyatakan pendapatnya mengenai 'Bangsa Johor'.
Beliau juga membangkitkan kenyataan Nazri sebelum ini yang memberi
amaran supaya Tunku Mahkota Johor sedia untuk 'dibelasah' jika
mencampuri urusan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan