HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Ogos 2016

Pembangkang gunakan mahasiswa anjur himpunan #TangkapMO1

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemuda Umno menyifatkan golongan mahasiswa dipergunakan pembangkang dalam demonstrasi #TangkapMO1 yang diadakan Sabtu lalu.
 
Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata apa yang berlaku menunjukkan mahasiswa hanya sekadar menjadi “tukang sorak” serta “tukang pegang mikrofon dan sepanduk”.
 
“Sekali lagi pemimpin Pakatan menggunakan gerakan mahasiswa sebagai keldai politik mereka,” katanya yang juga bekas ketua Pemuda kumpulan pendesak Melayu PERKASA.
 
Armand berkata, perkara itu dapat dinilai berdasarkan ucapan pemimpin pembangkang dan NGO serta individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pembangkang, seperti BERSIH.
 
“Mereka inilah manusia-manusia penghasut yang selalu musnahkan masa hadapan anak muda kerana terhasut dengan mereka.
 
“Berapa ramai anak muda yang dibuang daripada universiti kerana kerakusan politik penghasut-penghasut anak muda ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Armand berkata, beliau menghormati idealisme orang muda tetapi menurutnya ia harus berprinsip serta berfakta.
 
“Orang muda harus matang dan bijak dalam perjuangan hala tuju negara ke arah mencapai negara maju tidak lama lagi,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: