HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Ogos 2016

RUU355: Desak ahli parlimen dengar suara Muslim

SHAHRIL RIZAL SAIDON



 

GOMBAK: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang diwakili Ust Hanafi Zulkafli selaku Timbalan Ketua Pemuda merangkap Pengarah Task Force RUU355 Pemuda PAS Selangor pagi ini mengadakan Pertemuan Mahabbah dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia di Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor di Gombak.

Musa Awang selaku Presiden PGSM menyambut baik pertemuan yang diadakan bagi membentuk kerjasama memberikan penerangan kepada masyarakat umumnya dan khususnya kepada Ahli Parlimen menjelang perbahasan di Dewan Rakyat Oktober nanti.

Dalam petemuan tersebut, Tajuddin selaku Setiusaha PGSM berkata rakyat sewajarnya mendesak ahli-ahli parlimen agar menyokong pindaan RUU355 di Parlimen. Tiba masa ahli parlimen kini perlu mendengar suara rakyat bagi menaikkan kedudukan Mahkamah Syariah.

Naib Ketua DPPNS Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad berkata, jika kempen sokong RUU355 hanya ditumpukan kepada rakyat, realitinya tidak membawa kesan yang signifikan. Hal ini kerana, bukan mereka yang boleh menyokong pindaan di parlimen. Ruang rakyat hanya ketika di pilihan raya. Sebaliknya yang benar-benar menentukan kejayaan pindaan ini adalah ahli-ahli parlimen.

Saat inilah, rakyat sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk mendesak ahli parlimen masing-masing agar menyokong RUU355. Barangkali survival politik ahli-ahli parlimen kali ini, bergantung kepada kebersamaan mereka dengan pengundi yang menyokong RUU355.

Dalam pertemuan tersebut pihak Taskforce merakamkan jutaan terima kasih kepada PGSM yang sudi bertandang ke Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPNS Irman Abd Wahab, Fairus Nizam Zainal Abidin selaku Penolong Setiausaha 2 DPPNS dan wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) serta beberapa orang ahli PAS. HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: