HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Ogos 2016

Kanak-kanak maut didera kakak, abang ipar

Kes dera
Grafik Sinar Online


DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun tujuh bulan meninggal dunia dipercayai di dera oleh kakak dan abang iparnya dalam kejadian di Paka, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Paka oleh pasangan suami isteri itu dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, Pasangan suami isteri yang menjaga kanak-kanak berkenaan mendakwa mangsa sudah meninggal dunia pada jam 12.00 tengahari.
Menurutnya, hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan terhadap tubuh badan mangsa mendapati banyak kesan mencurigakan.

"Keseluruhan badan kanak-kanak malang itu mempunyai banyak kesan parut dan luka lama di belakang kaki kiri, lebam di dahi , luka di bibir dan luka di kepala bahagian kiri yang masih berbalut.

"Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan berkenaan dan punca kematian belum diketahui.

"Bedah siasat terhadap tubuh badan mangsa dilakukan hari ini dan kita masih menunggu keputusan dari pihak hospital,"katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, kakak dan abang ipar mangsa telah ditahan di hadapan bilik unit forensik Hospital Dungun.

"Pasangan suami isteri yang kedua-duanya berusia 21 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.
"Kakak mangsa difahamkan tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, manakala suaminya bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat tempatan,"katanya.

Kanak-kanak malang berkenaan dipercayai dijaga oleh kakak dan abang ipar kerana kedua ibu bapanya bekerja di kuala Lumpur.


Tiada ulasan: