HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Ogos 2016

Tender projek minyak: Anak kontraktor pula ditahan

SPRM
SPRM


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas barangan kemas bernilai jutaan ringgit bersama tiga kereta mewah daripada seorang anak kontraktor yang ditahan membantu siasatan berhubung tender projek laluan paip minyak di selatan tanah air yang dianggarkan bernilai RM76 juta.

Sumber berkata, rampasan itu dibuat selepas SPRM menahan lelaki itu jam 5 petang semalam.
"Penahanan dibuat ketika lelaki berusia 27 tahun itu hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Pengerusi bank bergelar Tan Sri direman 7 hari]

Lelaki itu kemudiannya direman lima hari bermula hari ini selepas permohonan reman SPRM dibenarkan oleh Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan A Wahab.

"Nilai rasuah yang terlibat dianggarkan RM7 juta.

"Dia akan disiasat mengikut Seksyen 6 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA)," katanya.

Pada 25 Ogos lalu, dua pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan enam kontraktor ditahan SPRM  berhubung kes tersebut. Setakat ini sembilan individu ditahan.


Tiada ulasan: