Bermula 1 September ini, harga RON95 adalah
RM1.70 seliter (berbanding RM1.75 pada Ogos) manakala RON97 pada RM2.05
seliter (berbanding RM2.10 pada Ogos).
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mendapat ‘hadiah kemerdekaan’ hari ini apabila harga bagi petrol RON95 dan RON97 untuk September dijangka turun 5 sen berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Menurut portal automotif paultan.org, bermula 1 September ini, harga RON95 adalah RM1.70 seliter (berbanding RM1.75 pada Ogos) manakala RON97 pada RM2.05 seliter (berbanding RM2.10 pada Ogos).
Harga diesel dan diesel Euro 5 pula kekal masing-masing pada harga RM1.70 seliter dan RM1.80 seliter.
Pada bulan lalu, harga RON95 dan RON97 tidak berganjak berbanding Julai, manakala diesel naik 10 sen.
Bermula Disember 2014, kerajaan menggunakan sistem apungan harga mengikut pasaran bagi menentukan harga petrol setiap bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan