shahbudindotcom
Hahaha....hehehe...hihihi...hohoho...
Kahkahkah...kehkehkeh...kihkihkih...kohkohkoh...
Ketawa
tak berhenti-henti semua makhluk, bukan saja manusia, tetapi juga
segala isi hutan di Cameron Highlands hari ini apabila Najib Razak
mencabar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya
agar bertanding menentang beliau dalam pemilihan UMNO yang akan datang.
Kalau
nak jatuhkan saya, bertandinglah dalam UMNO tapi jangan runtuhkan UMNO,
kata beliau ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Cameron
Highlands, pagi tadi.
Pernah kita dengar Najib mencabar sesiapa menentangnya sebagai Presiden UMNO sebelum ini?
Kenapa
hanya berani mencabar selepas memecat Muhyiddin Yassin, Mukhriz
Mahathir serta setelah menggantung keahlian Shafie Apdal yang kemudian
membuatkannya keluar daripada UMNO.
Kenapa tidak berani melakukan cabaran sebelum ini?
Jika
benar sedia dan tidak takut ditandingi, mengapa mereka yang mengkritik
dan berbeza pendapat sebelum ini, semuanya dibuang dan diketepikan
daripada UMNO?
Begitu
juga, kenapa pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak
berani diadakan mengikut jadual, sebaliknya ditangguhkan untuk memberi
laluan PRU 14 diadakan terlebih dahulu?
Andai
benar sedia dilawan dan tidak takut dicabar, bukankah tahun lepas lagi
Najib seharusnya sudah mengumumkan pemilihan UMNO tidak ditangguhkan dan
tidak ada sesiapa juga dipecat hanya kerana menegurnya?
Siapa yang Najib nak kelentong agaknya?
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan