Tugu bercirikan Islam itu dipasang Wau Bulan menghadap ke arah Kiblat menunjukkan budaya negeri Kelantan dan berperanan sebagai panduan arah kiblat kepada orang awam.
"Turut ditampilkan adalah pembaris skala menunjukkan kepentingan profesion ukur dan pemetaan sebagai pemangkin pembangunan negara," kata satu tulisan penerangan berkaitan tugu berkenaan.
Tugu itu juga katanya, memiliki tanda aras banjir yang berlaku pada tahun 2014, 1972 dan 1963.
"Gelang berbentuk pentagon pula melambangkan ukhuwah antara lima penyumbang utama pembinaan tugu," kata kenyataan itu.
Turut dinyatakan ialah tapak berbentuk bintang melambangkan Islam, sementara lima bucu berdasarkan rukun Islam dan lima waktu solat yang menunjukkan Islam dijadikan asas pembangunan negara.
Menurut sumber tugu ini bernilai 80 ribu ringgit.
Pada tahun 2014 dan awal 2015 Kelantan dilanda banjir besar.
Dikatakan banjir berkenaan melibatkan paras air yang sangat tinggi dan mengakibatkan kerosakan harta benda yang banyak.
Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan mencecah 150,000 orang daripada lebih kurang 36,000 buah keluarga yang ditempatkan dalam 309 buah tempat pelindungan.
Berdasarkan rekod banjir itu melibatkan lapan daerah. Jajahan Kota Baharu mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan