HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Ogos 2016

Muhyiddin guna isu RM4b alih pandang terhadap 'kecurangan', kata setiausaha akhbar PM

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengalih pandangan terhadap ‘kecurangannya’ dengan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memiliki hampir RM4 bilion dalam akaun banknya, kata setiausaha akhbar Najib Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Hujung minggu lalu, Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan apabila bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menunjukkan bukti kepadanya bahawa Najib memiliki hampir RM4 bilion dalam akaun banknya.

“Beliau (Muhyiddin) melandaskan karier politiknya sebagai seorang beragama.

“Bagaimanakah beliau akan menjadi presiden parti baru Dr Mahathir Mohamad, ketika ada rekod mahkamah menyatakan beliau bertahun-tahun berlaku curang dengan isteri orang?” kata Tengku Sariffudin dalam satu kenyataan akhbar.

Beliau merujuk kepada pengisytiharan bersumpah yang mendakwa Muhyiddin berlaku curang dengan seorang wanita yang kini sedang melalui proses perceraian.

Tengku Sariffuddin berkata, akaun bank Najib disiasat secara menyeluruh oleh pelbagai pihak berkuasa dan didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.

Najib berkali-kali menafikan menyalahguna wang rakyat manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendapati beliau tidak melakukan kesalahan berkaitan RM2.6 bilion dan RM42 bilion wang firma milik kerajaan SRC International yang ditemui dalam akaun peribadinya.

Minggu lepas, Muhyiddin mendakwa RM1 bilion sudah berada dalam akaun bank Najib sebelum kehadiran RM2.6 bilion yang dikatakan derma politik daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Tengku Sariffun berkata: “Muhyiddin kini kecewa selepas dijadikan boneka Mahathir; hampa kerana tidak akan menjadi perdana menteri seperti dijanjikan, kerana usaha mereka untuk menjatuhkan seorang pemimpin dipilih secara demokratik gagal; dan marah kerana hidup dengan pedang dan kini akan mati melaluinya.

“Ketidaksetiaan Muhyiddin, tindakan salah yang didorong oleh cita-cita melampau telah menyebabkan karier beliau berakhir dalam kehinaan.

“Beliau kini terdesak – mengapa orang patut percaya dengan kata-katanya?”

Sebelum itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak berkata, beliau percaya Muhyiddin sudah bangkrap isu.

“Nampaknya Muhyiddin sudah bangkrap isu dan itulah sebabnya beliau kerap bercakap mengenai isu lama yang tidak lagi menarik minat rakyat.

“Sudah nyata bahawa jika pihak pembangkang tidak menyuarakan isu lama maka mereka tidak ada perkara baru dengan digunakan,” kata Salleh dalam satu posting blog hari ini.


Tiada ulasan: