shahbudindotcom
Memang
kita menghargai dan menyanjung tinggi tindakan SPRM membanteras gejala
rasuah sejak akhir-akhir ini. Dengan tangkapan demi tangkapan yang
dilakukan, ia menyerlahkan barah rasuah boleh dikatakan agak kronik di
negara kita ini.
Rasuah
kini berlaku di mana-mana dan pelakunya pula seperti tidak malu lagi
mempamerkan kemewahan, gaya hidup luar biasa dan pemilikan harta
keterlaluan yang tak seimbang dengan gaji bulanan kepada masyarakat
sekeliling.
Bukti
dan maklumat yang didedahkan oleh SPRM melalui beberapa tangkapan
membuatkan kita semakin bimbang, pusing kepala dan mengeluh, "apa jadi
akhirnya kepada negara ini!".
Kita
juga mengharapkan SPRM terus membongkar gejala rasuah ini, bukan saja
di sektor awam, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan, tetapi juga yang
melibatkan orang-orang politik yang ada kuasa. Kadangkala, di sanalah
berpusat segala-galanya.
Dalam
masa yang sama, kepada SPRM, dengarlah juga keluhan Khairuddin Abu
Hassan ini. Secara umumnya, beliau hanya mahukan tindakan dilakukan
secara menyeluruh dan tanpa memilih bulu, tidak kepada ikan-ikan kecil
atau sederhana saja.
Berikut adalah kenyataan penuhnya.
Saya telah buat beberapa laporan pada SPRM dalam kes skandal kewangan terbesar dunia iaitu isu 1MDB dan kes dana berjumlah RM2.6 bilion serta RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri!!
SPRM jangan hanya jadi jaguh berani tangkap kes-kes kecil tetapi isu salahguna-kuasa Perdana Menteri tak berani sentuh!!
Saya nak tanya Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru mengenai status laporan saya keatas syarikat 1MDB dan Najib Tun Razak!! Apa sudah jadi?!
Secara peribadi saya lihat tangkapan-tangkapan masakini keatas beberapa individu-individu serta pegawai tertinggi Bank Rakyat masih gagal untuk meyakinkan rakyat kearah memulihkan imej ataupun reputasi SPRM!!
SPRM kelihatan amalkan pilih kasih!! Selagi SPRM tidak bertindak keatas Najib Tun Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar!!
Isu dana Najib Tun Razak telah menjadi bahan berita dunia masakini!! Beberapa negara luar telahpun memperolehi bukti-bukti sahih!! Apa lagi SPRM tunggu?!
Tambahan pula Mantan Timbalan Perdana Menteri telah mendedahkan Najib Tun Razak mempunyai dana RM1 bilion dalam akaun peribadinya sebelum kes kononnya wang derma RM2.6 bilion wujud!!
Mantan peguam negara iaitu Tan Sri Ghani Patail telah menunjukkannya bukti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
SPRM wajib siasat kes pendedahan terbaru Tan Sri Muhyiddin ini!! Mantan Timbalan Perdana Menteri ini mesti dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat!! Begitu juga dengan Mantan Peguam Negara pun sepatutnya disoal-siasat oleh SPRM!!
Saya rasa buang masa saja buat laporan pada SPRM mengenai kes salahguna-kuasa Najib Tun Razak!! Pergi ke Ibu Pejabat SPRM berjam-jam disoal-siasat tapi habuk pun tak ada!!
Kalau SPRM perlukan saya buat satu lagi laporan mengenai wang sejumlah RM1 bilion yang berada dalam akaun peribadi Perdana Menteri sepertimana yang didedahkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin; esok pun saya boleh lapor di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya!!
Tapi SPRM kena janjilah untuk berani bertindak tanpa memilih bulu mengikut lunas undang-undang secara adil dan saksama kearah membela keseluruhan rakyat Malaysia!!
Bolehkah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru berjanji ini pada saya?!
DATO SERI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 Aug 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan