malaysiakini
Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan membuat laporan polis berhubung
SMS mendakwa pihaknya mencabar polis sehingga berlaku pertumpahan darah
yang dikatakan dikirim dari telefon bimbitnya.
Dalam laporan polisnya, Sany berkata beliau menyedari SMS itu selepas
rakannya menunjukkan paparan skrin mesej tersebut pagi ini.
Dalam bahasa Melayu SMS bertarikh petang semalam berbunyi, "Polis
sila tangkap kami!! Kami mahasiswa tidak takut. Kami akan lawan polis
biar sampai mandi darah."
Paparan skrin itu juga menunjukkan nombor telefon Sany sebagai penghantar mesej.
Waktu SMS itu dihantar bertepatan dengan himpunan #TangkapMO1 yang
dipimpin mahasiswa di Kuala Lumpur semalam dan menarik kira-kira 2,000
peserta turun ke jalan raya.
Pihak polis bagaimanapun berkata perhimpunan itu adalah haram.
Dalam laporannya, Sany melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan
beliau dan mendakwa telah menerima panggilan daripada orang yang tidak
dikenali.
"Tujuan saya membuat laporan ini kerana bimbang keselamatan diri saya
kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggodam no telefon
milik saya dan memviralkan kepada umum.
"Tujuan saya membuat repot mahu rujuk pihak polis untuk melakukan
siasatan lanjut, ini kerana saya sering ditelefon oleh orang-orang yang
tidak dikenali," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan