MAKKAH: Jumaat di Makkah dan Madinah akhir Zulkaedah sekarang dilihat seumpama Hari Raya Haji.
Lautan manusia memenuhi setiap ruang Masjidilharam. Jam 9 pagi orang ramai sudah menyerbu masuk ke dalam masjid.
Kehadiran jemaah haji dari seluruh dunia memperlihatkan setiap jalan menuju ke masjid penuh dengan arus manusia.
Penduduk tempatan yang tinggal di luar kota Makkah juga sejak petang semalam sudah berada di kawasan masjid.
Masjidilharam yang masih dalam proses pembesaran tidak dapat menampung kehadiran jutaan manusia.
Keadaan itu menyebabkan ramai mereka yang datang lewat terpaksa menunaikan solat di kawasan dataran masjid.
Khutbah Jumaat yang disampaikan imam juga menyentuh perasaan, lebih-lebih lagi imam sebak ketika berkhutbah.
Suasana tambah sendat lagi ketika selesai solat Jumaat. Manusia berbondong-bondong keluar sehingga menyebabkan setiap ruang menjadi sendat.
Ada ketikanya pergerakan manusia terhenti kerana tidak dapat menampung jutaan manusia.
Lautan manusia boleh dilihat di setiap jalan. Arus pergerakan manusia boleh dilihat sayup mata memandang. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan