HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Ogos 2016

Mahasiswa jangan jadi pemberontak

 
 
Jamawi Jaafar
Jamawi Jaafar


"Saya berasa sedih dan kasihan dengan tindakan sekumpulan mahasiswa dan belia yang menggelarkan diri sebagai Gabungan #Tangkap MO1 berdemonstrasi di Kuala Lumpur semalam.

"Daripada ucapan-ucapan yang diberikan menunjukkan mahasiswa yang terlibat hanya berpandukan kepada laporan sebelah pihak sahaja dan saya lihat mempunyai agenda tertentu," kata Ketua Peneranan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

Menrutnya, pimpinan negara dan juga pihak pimpinan 1MDB telah pun membuat menjawab dan membuat pencerahan mengenai isu berkenaan.

"Mahasiswa perlu lebih menumpukan tumpuan kepada pelajaran dan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar untuk menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya bukan memberontak dan menyertai aktiviti-aktiviti yang melanggar etika sebagai pelajar," ujar Jamawi lagi.

Menurutnya, mahasiswa perlulah memanfaatkan peluang belajar di universiti awam kerana kerajaan membelanjakan purata RM18,000 setahun untuk setiap mahasiswa.

"Tidak salah bagi mahasiswa mengambil tahu tentang isu politik negara tetapi perlu elakkan diri dari dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang bijak mengambil kesempatan memanipulasi penglibatan para pelajar dalam isu-isu tertentu," katanya sambi mahu pihak universiti dan juga penaja memandang serius perkara ini dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mahasiswa yang terlibat.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: