HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 November 2016

Kos naik taraf parlimen naik kepada RM600 juta

MALAYSIAKINI




Menteri kerja raya berkata kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf bangunan parlimen meningkat sehingga RM80 juta, dari RM520 juta sebelum ini.

Menurut Datuk Seri Fadillah Yusof, peningkatan itu tidak dapat dielakkan kerana kos tambahan terpaksa diserap dalam rancangan asal, lapor The Sun Daily.

Kos kini meningkat kepada RM600 juta.

“Peningkata ini susulan pengukuran semua dan kerja-kerja teknikal tambahan. Sebagai contoh, parlimen kini ada ruang kedua.

“Ia tidak ada ada reka bentuk asal,” beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau juga berkata projek itu juga dijangka siap pada 2012 walaupun pada mulanya dijangka dua tahun lebih awal.
Bangunan yang dibina pada 1962 itu mengalami beberapa kali masalah pendawaian elektrik dan kebocoran atap.


Tiada ulasan: