SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengecam penahanan para peserta Himpunan Bersih 5 di bawah Ops Bersih yang dilakukan pihak berkuasa
.
Ujarnya, penahanan itu menunjukkan pemerintah gagal menghormati hak bersuara dan berhimpun dengan aman seperti yang termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan.
"Para demonstran berhimpun dan berarak secara aman walaupun keselamatan mereka diancam oleh kumpulan baju merah dan perjalanan mereka disekat oleh pihak berkuasa.
"Begitulah keadaannya di negara kita ini. Para demokrat dipenjara, sang kleptokrat bermaharaja-lela," dakwanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, katanya beliau juga tidak akan berhenti daripada mendesak para peserta supaya dibebaskan.
"Dan walaupun hampir kesemua tahanan baru sahaja dilepaskan jam 12 tengah hari tadi, kita tidak akan hentikan desakan sehingga Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah juga dibebaskan!," katanya.
Sebelum ini, tiga orang ahli Parlimen telah ditahan; iaitu Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin dari PKR, sementara itu Anthony Loke - DAP.
Mereka ditahan reman selama dua hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan