HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 November 2016

Anis: Saya disoal siasat sampai 3.00 pagi, terima ‘kaunseling’

DETIK DAILY
 



PETALING JAYA: Aktivis mahasiswa Anis Syafiqah mendedahkan polis menyoal siasat beliau selama 5 jam sehingga 3.00 pagi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Bukit Bintang, selepas ditangkap bersama beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis lain Sabtu lepas.


“Kenyataan yang saya beri tidak pun digunakan dalam mahkamah. Mereka mengambil satu lagi kenyataan daripada saya semasa di lokap,” beliau memberitahu FMT beberapa jam selepas dibebaskan semalam.

Anis, 24, merupakan antara 8 aktivis dan pemimpin pembangkang yang dibebaskan semalam selepas ditahan menjelang perhimpunan Bersih pada Sabtu lepas, termasuk ahli sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh, ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng, ahli jawatankuasa PSM S. Arutchelvan, serta pemimpin pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Safwan Anang.

Beliau berkata pada hari kedua penahanannya, beliau diberikan kaunseling daripada seorang yang menurutnya mewakili kerajaan.
“Kaunseling yang saya terima hanyalah sebahagian daripada taktik cuci otak.”


Anis yang terkenal ketika memimpin perhimpunan “Tangkap M01” di Kuala Lumpur pada Ogos, berkata beliau masih pelajar Universiti Malaya dan setakat ini tidak dikenakan tindakan.

Katanya, rakyat perlu menolak taktik pihak berkuasa yang disifatkannya cuba menakut-nakutkan mereka dengan penangkapan menjelang Bersih 5 Sabtu lalu.

“Ia tidak menghalang kami. Kita patut teruskan perjuangan,” katanya.-FMT

Tiada ulasan: