KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini selepas ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 19 November lepas.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitternya sebentar tadi.
"Maria dah bebas! Ini gambar beliau bersama Ambiga. Tetapi, dia tidak sepatutnya ditahan mengikut Sosma pada mulanya," kata Saifuddin.
Sementara itu, peguam Datuk S. Ambiga juga memuat naik foto Maria Chin memeluk ahli keluarganya setibanya di kediaman mereka.
Maria Chin ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 November lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lepas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan