Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
menolak dakwaan bahawa partinya itu dikaitkan dengan budaya ganas.
Katanya tindakan segelintir anggota parti itu tidak menggambarkan keseluruhan Umno.
“Pada saya, kita tidak mendorong keganasan, sebagai contoh Umno Pasir Salak dan Baju Merah, ahli Umno ada tiga juta, tapi segelintir dalam seratus orang, boleh ke kita kata budaya Umno, tidak boleh.
“Mana boleh, tindakan segelintir dianggap refleksi sikap Umno.
Berjuta lagi ahli yang tidak terlibat, nak cop Umno sokong keganasan sebab tindakan beberapa orang, itu tak boleh,” katanya.
Nazri berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen ASWARA di kampus itu.
Beliau ditanya mengenai beberapa kejadian keganasan yang dikaitkan dengan Umno.
Umpamanya, minggu lalu anggota Umno Pasir Salak didakwa cuba menyerang Anggota Parlimen Khalid Samad di Parlimen manakala ugutan berterusan gerakan Baju Merah terhadap penyokong BERSIH dan juga serangan terhadap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar.
Semua tindakan berkenaan menunjukkan Umno adalah parti yang ganas.
Mengulas lanjut, Nazri berkata keganasan segelintir ahli parti Melayu itu tidak akan menjejaskan Umno.
“Kita jangan pandang rendah rakyat Malaysia untuk berfikir. Dia tidak akan hukum semua ahli Umno. Saya cukup yakin,” katanya.
Sementara itu Nazri mengingatkan para perwakilan Umno supaya untuk fokus kepada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) berbanding kempen dalam pemilihan parti itu dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun depan.
“Saya ingat ini mungkin PAU yang terakhir mungkin sebelum PRU. Saya ingat apa yang perlu dilakukan dalam PAU ialah untuk menyeru kepada perpaduan.
“Ia penting di kalangan ahli kerana kita akan hadapi PRU, insya-Allah yang kita perlukan semua ahli ketepikan perbezaan.
“Terutamanya sekali bimbang takut kerana ada ahli-ahli yang fikirkan untuk kempen bukan untuk PRU tapi pemilihan Umno itu sendiri,” katanya.
Nazri berkata sekiranya terlalu memfokuskan kepada parti, beliau bimbang sekiranya tidak dapat memenangi hati rakyat.
“Saya sendiri telah dari dulu lagi letak kepentingan parti di atas kepentingan saya sendiri,” katanya yang menambah sejak dari tahun 2000 telah berhenti untuk bertanding jawatan tinggi dalam parti demi fokus kepada rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan