Bagaimanapun, lain pula keadaannya selepas perhimpunan besar itu, sekurang-kurangnya bagi anggota wakil rakyat pembangkang Howard Lee dan exco Pemuda Umno Datuk Armand Abu Hanifah.
Selepas dibebaskan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi dan bercakap kepada media petang ini, Armand kelihatan menyeberang jalan dan terserempak dengan Lee yang dibebaskan lebih awal.
Mereka kemudian bersalam dan berpelukan mesra, malah Armand sempat bergurau untuk menukar pakaian.
“Sebenarnya kami nak tukar.
"Dia patut pakai baju merah, saya pakai BERSIH, tapi malangnya saiz tak sama,” seloroh Armand, yang lebih berisi.
Mereka berdua juga sempat beraksi bersama-sama di depan lensa jurugambar.
Sebelum ini, gambar suasana mereka ketika berada dalam trak polis turut beredar di Internet.
Dalam gambar itu, Armand turut bergambar dengan pegawai BERSIH Mandeep Singh, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam dan aktivis Hishamuddin Rais.
Terdahulu dalam sidang media sebelum ini, Armand ditanya berkaitan penglibatan anggota Umno dalam himpunan Baju Merah.
Beliau berkata Umno tidak menghalang anggotanya hadir himpunan itu.
Ditanya jumlah kehadiran anggota Umno, beliau bagaimanapun berkata tidak membawa mesin kira.
“Saya tak bawa kalkulator. Saya tak bawa kalkulator,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan