SHAH ALAM: Polis hari ini memanggil beberapa lagi pemimpin parti
pembangkang untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan BERSIH 5 yang
diadakan lebih seminggu lalu.
Memetik laporan Oriental Daily, kelima-lima mereka adalah ADUN Seri
Andalas, Dr Xavier Jayakumar; ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim; ADUN Penanti,
Dr Norlela Ariffin; Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk
Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda PKR Selangor, Afzainizam Rahman.
Mereka dipanggil polis pagi ini mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dilaporkan lebih 20 individu ditahan polis sebelum ini, ketika dan selepas perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November lalu.
Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos turut ditahan, namun dibebaskan pada Selasa lalu.
Kesemuanya sudah dibebaskan selepas ditahan 2 hingga 4 hari, kecuali
Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah yang masih ditahan di bawah
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan