shahbudindotcom
Di
Malaysia ketika ini, tidak ada yang lebih hebat pengampuannya terhadap
Najib Razak, melainkan hanya seorang iaitu Salleh Said Keruak.
Semua
pemimpin lain yang pernah turut menjadi pengampu dan pembodek Najib,
kini sudah jauh ditinggalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.
Sejak
sebelum dilantik menteri, kemudian dijadikan menteri, seterusnya diberi
pula jawatan Bendahari Agung UMNO, siri pengampuannya tidak pernah
berhenti, malah terus cemerlang, gemilang dan terbilang serta makin
menjadi-jadi.
Terbaru,
ketika tersebar video ucapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
di Sidang APEC di Peru baru-baru ini yang antara lain menyebut tentang
penyaluran dana pembangunan ke dalam akaun bank Swiss dan Tun Mahathir
Mohamad kemudian menulis di blognya mengatakan ia merupakan sindiran
kepada Najib, Salleh sebaliknya dengan pantas menidakkan dakwaan itu.
Malah Salleh menegaskan pula, ucapan Obama itu mungkin ditujukan kepada Tun Mahathir sendiri.
Kahkahkah....
Tanpa
mengira logik atau tidak, betul atau salah, masuk akal atau di luar
akal hujah-hujahnya, yang mustahak ialah Salleh mesti menunjukkan beliau
mengeluarkan suaranya.
Dan
itulah hebatnya Salleh. Ketika pengampu dan pembodek lain memilih untuk
berdiam jika sesuatu dakwaan terhadap Najib itu kelihatan benar, Salleh
sebaliknya tetap menunjukkan skil mengampunya yang tersendiri.
Dalam
kes ucapan Obama, tentu tidak logik jika ucapan Obama mahu disasarkan
kepada Tun Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu tidak pernah
terkait apa-apa dengan bank di Swiss sebelum ini.
Tetapi,
Najib dan 1MDB bukan saja diperkatakan di seluruh dunia mengenai
penyaluran wang menggunakan bank Swiss, malah dua cawangan bank Swiss di
Singapura juga diarahkan tutup angkara syarikat pelaburan itu.
Selain
itu, tidak ada mana-mana pemimpin dunia lain yang boleh dikaitkan
dengan pelencongan dana syarikat milik negara sebagaimana nama Najib
diperkatakan, malah disebut sebagai Malaysian Official 1 dalam kertas
mahkamah saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
Lagi
pun, tentulah "amat amat amat" tidak masuk akal bagi Obama mahu menuju
atau menyasarkan nama Tun Mahathir dalam ucapannya kerana beliau sudah
pun bersara sebagai Perdana Menteri sejak 2003 lagi. Berucap di Sidang
APEC, sudah tentu sasaran Obama ialah pemimpin semasa yang sedang
berkuasa.
Untuk
itu , sesiapa pun akan mentafsirkan ucapan Obama itu dituju dan
disindirkan kepada Najib. Seluruh dunia juga pasti tidak sukar
memahaminya.
Namun
sebagaimana disebut tadi, itulah hebatnya Salleh Said Keruak. Tanpa
rasa malu, jauh sekali rasa bersalah, Najib bukan saja tetap dipertahan
dan dibelanya, walaupun dalam keadaan disindir secara terang dan nyata
oleh Obama, malah dengan selambanya mengatakan ia mungkin ditujukan
kepada Tun Mahathir.
Dengan
kehebatan Salleh Said Keruak yang dianggap luar biasa itu, logik atau
tidak hujah-hujahnya semua belakang kira, barangkali sudah sampai
masanya semua kata-kata mengampunya selama ini dikumpul dan dibukukan
oleh para pengkaji sejarah untuk tatapan generasi akan datang supaya
sesiapa yang ingin menjadi pengampu atau mempelajari teknik-tekniknya,
dapat belajar daripada khazanah yang ditinggalkannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan