HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 November 2016

Akta 355: Zahid beri taklimat khas kepada ahli parlimen Islam

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Satu taklimat khas untuk semua ahli Parlimen beragama Islam berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan diadakan pada petang ini.
 
Satu notis yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa, ahli-ahli Parlimen dialu-alukan untuk menghadiri taklimat itu yang akan diadakan pada pukul 5 petang di Bilik Taklimat di Parlimen.
 
Akta 355 itu yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bertujuan untuk meningkatkan kuasa mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, kecuali hukuman mati.
 
Beberapa pihak telah menyuarakan bantahan terhadap akta ini, menyatakan bahawa pindaan itu akhirnya akan membuka jalan kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman hudud.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui di lobi Parlimen, mengesahkan bahawa mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 5 petang.
 
 

Tiada ulasan: