HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 November 2016

Pilihan wanita untuk pakai leotard, kata KJ

Geraldine Tong
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun beliau tidak menggalakkan semua wanita memakai leotard (pakaian akrobatik), namun ia pilihan mereka untuk memakainya apabila sesuai.

Beliau merujuk insiden tahun lepas apabila ahli gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi yang meraih pingat emas pada Sukan SEA dikritik kerana memakai leotard semasa pertandingan.

"Saya tidak minta semua wanita muda memakai leotard, sudah tentu tidak, tetapi saya katakan, ikut kesesuaian.

"Terdapat pilihan untuk atlet muda kita, pilihan untuk wanita muda menentukan hidup mereka," kata Khairy semasa sesi soal jawab pada 2016 Kuala Lumpur International Youth Wacana diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) hari ini.

Beliau menambah terpaksa mempertahankan Farah Ann kerana "ia adalah salah untuk kita menyerang" kerana pilihan pakaian beliau.

Farah adalah seorang dewasa yang cukup memahami agama dan oleh itu pilihan beliau perlu dihormati, kata Khairy.

Tiada ulasan: