shahbudindotcom
Timbalan
Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan satu perhimpunan
besar-besaran akan diadakan pada 4 Disember ini bagi menzahirkan
keprihatinan berhubung isu Rohingya.
Tarikh dan masa perhimpunan itu dilaporkan akan diumumkan kemudian.
Katanya,
perhimpunan itu akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak serta
beberapa pemimpin lain yang antaranya ialah Presiden Pas, Hadi Awang.
Sehubungan itu, Zahid turut menggesa pemimpin daripada parti-parti politik lain untuk turut sama menyertai perhimpunan tersebut.
Masalahnya, cukupkah sekadar berhimpun saja?
Bukankah
sebagai sebuah kerajaan yang sedang berkuasa, ada wang dan banyak
kemudahan, Najib seharusnya sudah melakukan tindakan-tindakan tertentu
untuk membantu umat Islam Rohingya yang sedang dizalimi itu?
Apa bantuan untuk mereka dan kepada pelarian yang sudah dihulurkan oleh kerajaan setakat ini?
Sudahkah
nota bantahan dihantar kepada Kedutaan Myanmar atau adakah Dutanya
telah dipanggil oleh Wisma Putra untuk Malaysia menyuarakan bantahan
secara rasmi?
Kenapa
Malaysia tidak mengambil langkah proaktif lain seperti menyekat
kemasukan pekerja asing Myanmar yang sudah berlambak-lambak di negara
kita?
Mengapa akhirnya berdemo juga yang jadi pilihan?
Tidakkah baru-baru ini pelbagai NGO sudah pun mengadakan demo yang sama di depan Kedutaan Myanmar?
Selepas
berdemo nanti, apa tindakan seterusnya sedangkan permintaan banyak
pihak agar membatalkan perlawanan bola pun tidak diendahkan oleh
kabinet?
Kemudian kenapa cepat-cepat diumumkan gandingan Najib dan Hadi Awang telah bersetuju menyertai perhimpunan itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan