shahbudindotcom
Selepas
perhimpunan Bersih 5 yang terbukti mendapat sambutan cukup ketara
daripada rakyat berbilang bangsa, bersungguh benar nampaknya UMNO mahu
bekerjasama dengan Pas.
Dalam waktu terdekat ini saja sudah dua pemimpin UMNO menyuarakan perlunya kerjasama itu demi perpaduan Melayu kononnya.
Dalam
Perhimpunan Agung UMNO minggu depan, seruan ke arah kerjasama itu yang
sebenarnya hanya untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kalah
pilihanraya pasti lebih berdegar-degar lagi dentum-dentamnya.
Kesian...walaupun
berkuasa sudah lama dan wang pula ada beribu-ribu juta, tapi masih lagi
merintih-rintih mengharapkan cinta lama...
Malangnya, Pas sehingga ini belum tergerak hati lagi untuk menerima gamitan cinta daripada UMNO, sang kekasih lama itu.
Pemimpin-pemimpin Pas bukan saja menolak untuk bergabung, bahkan bekerjasama pun tak mahu juga.
Malah, diminta pula UMNO dibubarkan dan semua ahli-ahlinya disyaratkan masuk Pas sebagai cara untuk bersama.
Kehkehkeh.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan