HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 November 2016

Polis kenal pasti 'penyerang' Khalid Samad

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengenal pasti sepuluh individu yang bertanggunjawab dalam serangan terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di Parlimen hari ini.
 
Dalam siaran media PDRM yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis kontinjen Kuala Lumpur, kesemua sepuluh individu tersebut diminta untuk tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.
 
"Satu kejadian merusuh telah berlaku di bahagian luar lobi parlimen yang melibatkan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak dan Shah Alam.
 
"Pihak polis meminta mereka yang terlibat untuk tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," demikian menurut kenyataan itu.
 
Dalam senarai yang dikeluarkan oleh PDRM itu, nama anak kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut berada dalam sepuluh individu yang dikehendaki.
 
Memetik laman portal Malaysiakini, Tajuddin mengesahkan anaknya antara individu  yang 'menyerang' Khalid di hadapan lobi Parlimen pagi tadi.
 
Insiden tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
 
Dewan Rakyat pagi ini kecoh seketika apabila Khalid diserang beberapa individu yang merupakan penyokong  Tajuddin.
 
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah diserang ketika sedang berjalan menunggu ke Dewan Rakyat.
 
'Serangan' itu tercetus rentetan rasa tidak puas hati penggunaan perkataan 'sial' yang dilemparkan Khalid terhadap Tajuddin dalam sidang Dewan baru-baru.
 
 

Tiada ulasan: