Oleh Azizul Osman
KUALA LUMPUR: Walaupun sidang Dewan Rakyat penggal kali ini hanya
berbaki 3 hari lagi, PAS tetap optimis bahawa Rang Undang-undang
Memperkasakan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 akan
dibentangkan.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali
usul berkenaan mungkin akan dibentangkan pada Rabu atau Khamis ini
setelah semua usul daripada kerajaan dibentangkan.
"Insyaallah positif akan dibentangkan, tunggu dan lihat. Hari ini baru
Isnin nak habiskan Bajet 2017 dulu. Untuk RUU 355 ada dua hari lagi.
"Kerajaan mesti utamakan usul dia. Kemudian masuklah usul kita. 500
peratus saya yakin (akan dibentang tidak lama lagi). Itu perjuangan
kita," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Sehingga hari ini, usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang itu masih di tangga ke-sembilan dalam Aturan Mesyuarat dan
Usul-usul Dewan Rakyat.
"Bukan hanya dengan PAS, orang Umno pun menurut perkara yang sama. Kala
Umno tidak bawa, mereka kena berhadapan dengan ahli dia sendiri,"
tambah Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Perkara sama pernah dinyatakan Khairuddin sebelum ini bahawa PAS
menjangkakan usul pindaan Akta 355 akan dibentang pada 23 atau 24
November ini, namun ternyata jangkaan itu meleset.
Usul berkenaan dibawa Hadi melalui peruntukan Rang undang-undang
persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan
sebelum Speaker membuat ketetapan mengenainya.
Usul Hadi itu sebelum ini diletakkan pada nombor empat peraturan
mesyuarat pada hari pertama sidang Dewan Rakyat namun tidak sempat
dibentang atau dibahaskan.
Ia kemudian berada pada kedudukan lebih ke bawah pada hari kedua
sehinggalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet
2017 pada 21 Oktober lalu.
Pada 26 Oktober, Hadi sebagai berkata penurunan giliran usul itu tiada kena mengena dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan