shahbudindotcom
Ahad
lalu, Najib Razak menulis di laman Facebooknya memberitahu mengenai
perbualan telefonnya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald
Trump yang disifatkannya berlangsung dengan amat mesra dan produktif.
Kata
Najib, selain mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas
kemenangannya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini, mereka berdua
juga bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan
Amerika Syarikat.
"Antara lain, perbualan kami juga menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.
"Saya
mengucapkan tahniah kepada Trump dan kami bersetuju untuk mengukuhkan
lagi hubungan Malaysia-Amerika Syarikat," tambah Najib lagi sambil
menyifatkan ia merupakan peluang terbaik baginya dapat menghubungi Trump
selepas kejayaannya memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat.
Dalam
catatan Facebook itu Najib tidak memberitahu langsung bagaimana beliau
tiba-tiba dapat berbual di telefon dengan Trump itu.
Adakah beliau menelefon sendiri atau ada seseorang yang mengaturnya?
Kenapalah sampai Rosmah sendiri perlu memberitahu mengenai peranan yang telah dimainkannya itu?
Nasib baik Rosmah sendiri mendedahkannya, jika tidak, tiada siapa tahu betapa besar peranan dan sumbangannya itu.
Bagaimana
jika pada jam 2.30 pagi itu, iaitu ketika telefonnya berdering kerana
dihubungi seseorang yang bergelar Tan Sri yang ingin memaklumkan Trump
akan menunggu panggilan telefon Najib dalam tempoh dua jam lagi, Rosmah
sedang nyenyak tidur atau enggan menjawabnya?
Bukan
semua orang boleh terjaga atau sanggup menjawab telefon di waktu
subuh-subuh sebegitu dan kemudian menunggu lagi untuk mendapatkan nombor
telefon Trump untuk diberikan kepada Najib.
Selepas
itu, mengejutkan pula Najib yang sedang sedap tidurnya. Hanya Rosmah
yang sanggup berbuat begitu dan itu belum termasuk lagi menjawab
panggilan telefon yang lain di setiap hari.
Walaupun
hanya memiliki telefon jenama Samsung antik dan tidak mempunyai akaun
Facebook serta Twitter, Rosmah sebenarnya mempunyai sumbangan besar
kepada Najib dan negara.
Besar jasa Rosmah tau!!
Oleh itu, jangan main-main dan jangan cuba-cuba menafikan sumbangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan