ANTARAPOS.
SABAK BERNAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
sedia disiasat semula berhubung dakwaan harta luar biasa yang
dimilikinya sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu.
Beliau sentiasa terbuka dan akan memberikan kerjasama penuh kepada
mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung pemilikan harta itu. "Terpulang kepada mereka (sekiranya mahu
menyiasat semula).
Ia bukan benda baharu, sebelum ini pun SPRM telah melakukan siasatan
terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan kepimpinan (kerajaan negeri),"
katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kewangan
kepada pesawah padi Parit 10 Sungai Besar, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan
Abdullah semalam bahawa kes itu akan dibuka semula sekiranya terdapat
bukti baharu walaupun ia telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR)
pada 1997.
Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
menggesa SPRM membuka semula kertas siasatan kes pemilikan harta luar
biasa Mohamed Azmin yang didakwa ditutup oleh BPR tanpa alasan
munasabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan