HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2020

Bukit Melaka: Apakah MCA geli dengan nama Melayu? – Isma


TINDAKAN MCA Kota Melaka mahu nama Bukit St. Paul dipertahankan daripada ditukar kepada Bukit Melaka dilihat seperti anti-Melayu.

Hal demikian ekoran bantahan yang dinyatakan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu terhadap cadangan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Oleh demikian, tindakan MCA dilihat sebagai cubaan untuk menafikan nama yang pernah digunakan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

“Nampaknya MCA masih lagi berkeras mahu membantah usul yang dibuat oleh Perzim untuk menukar nama Bukit St. Paul kepada nama asal ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Bukit Melaka.

“Mereka sudah kali mengeluarkan kenyataan di media dalam isu ini seolah-olah terlalu bersungguh-sungguh membantahnya.

“Melihat kepada hujah-hujah mereka juga, apakah mereka cuba menafikan sejarah zaman kesultanan Melayu Melaka?

“Mereka berhujah kononnya mahu ‘mempertahankan’ sejarah.

“Tetapi ironinya mereka sedang menafikan hak badan berautoriti dalam bidang sejarah tempatan iaitu perbadanan muzium itu sendiri.

“Apa sebenarnya motif MCA?”

MCA
AMINUDDIN YAHAYA

Demikian persoalan dibangkitkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya menerusi satu kenyataan dalam Facebooknya hari ini mempertikai bantahan daripada MCA terhadap Bukit Melaka.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik laporan Melaka Hari Ini bahawa Perzim mahu menukar nama Bukit St. Paul kerana mahu mempromosikan nilai sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut mereka, penggunaan nama Bukit St. Paul seolah-olah mempromosikan nama gereka berbanding sejarah Melaka yang lebih panjang daripada penjajah.

Justeru, menurut Pengurus Besarnya, Mohd. Nasruddin Rahman, cadangan tersebut akan dibawa ke peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kemudian akan dibawa ke Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diluluskan.

Tiada ulasan: