HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2020

Bersalah Oleh kerana Najib Boleh Cabar Muhyiddin Sebagai PM - Kata satu lagi "Batu Api"


KUALA LUMPUR –
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu-satunya individu yang mampu mencabar kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, malah Najib juga mampu mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Datuk Seri Najib satu-satunya manusia yang boleh mencabar Tun dan Muhyiddin dan beliau juga boleh mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin apa yang berlaku hari ini adalah kesinambungan dan penganiayaan oleh pihak Pakatan Harapan (PH). Tidak sepatutnya kes ini diteruskan kerana ia berniat jahat dan pendakwaan yang bermotifkan politik,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Lokman juga meluahkan rasa hairannya mengapa ada Ahli Parlimen daripada UMNO yang memberi sokongan kepada kerajaan Muhyiddin selepas Najib masih diperlakukan seperti zaman PH.

Katanya, beliau meminta Ahli Parlimen BN untuk tarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Saya mahu pastikan mereka yang sokong kerajaan Muhyiddin digugurkan daripada UMNO,” katanya. # SH

MR :  Ini logik orang marah aje.. Macam PH kencing rakyat dalam banyak isu

Tiada ulasan: