HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Julai 2020

Siasat Semula Pertuduhan Terpilih Babitkan Pemimpin PH – Sahrihan

KUALA LUMPUR – Pemerhati politik Sahrihan Jani berkata, kerajaan sedia ada harus membuka dan menyiasat semula semua pertuduhan di tarik balik atau dilepaskan yang membabitkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) semasa mereka mentadbir negara.

Ujar beliau, sepanjang 22 bulan PH mentadbir negara, terdapat pendakwaan terpilih sehingga rakyat hampir hilang kepercayaan dengan undang-undang negara.

“Pada ketika pemimpin-pemimpin UMNO bersikap ‘gentleman’ berhadapan dengan pertuduhan yang sebahagianmya di rekayasa untuk menjatuhkan integriti UMNO di mata rakyat, bagaimana pula dengan pemimpin PH yang kes mereka dilepaskan begitu sahaja?

” Pendakwaan terpilih… undang-undang rimba… itu antara ungkapan yang sering diungkapkan ketika PH mentadbir negara. Jadi, sebagai seorang rakyat biasa dan pembayar cukai, saya memohon kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk segera mengkaji semula keputusan kerajaan terdahulu yang menggugurkan pertuduhan yang dikenakan kepada pemimpin-pemimpin mereka.

“Bawa mereka semua ke muka pengadilan… lakukannya demi keadilan kepada semua rakyat jelata kerana sudah terbukti undang-undang negara di bawah PN adalah adil dan saksama,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Memberi contoh kes terowong dasar laut dan rumah banglo yang dibeli oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Sahrihan berkata, ini adalah antara kes yang mendapat perhatian ramai dan rakyat sehingga kini rakyat ingin mengetahui bagaimana kes ini boleh digugurkan.

“Bukan kita mahu membalas dendam tetapi keadilan perlu ditegakkan. Jika dahulu, rakyat mula ragu terhadap kewibawaan undang-undang negara tetapi kini kerajaan PN harus buktikan bahawa undang-undang negara sememangnya bebas dari campur tangan orang politik,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: