HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2020

Perbicaraan SRC RM27 juta mula 5 Julai tahun depan

kasthuri Jeevendran
MGF270720_NAJIB-RAZAK-1MDB-5-681x454
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi sambung bicara
kes audit 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,

KUALA LUMPUR – Satu lagi perbicaraan berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyewelengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd (baharu) bernilai RM27 juta akan bermula Julai tahun hadapan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan ketika pengurusan kes itu kemudian menetapkan beberapa tarikh iaitu 5 sehingga 8 Julai 2021.

Ianya kemudian akan disambung 26 hingga 29 Julai 2021 selain daripada pengurusan kes selanjutnya pada 11 Ogos depan.

Tahun lepas pada 3 Februari, Najib yang juga bekas Presiden UMNO mengaku tidak bersalah dengan tiga pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta.

Kes itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen tetapi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 selepas pihak pendakwaan membuat permohonan.

Wang tersebut yang telah di pindah ke akaun peribadi Ambank Najib juga didakwa telah digunakan untuk aktiviti haram serta tidak mengikut undang-undang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain daripada kes RM27 juta ini, Najib ketika ini juga sedang berhadapan dengan penyewelengan dana syarikat itu sebanyak RM42 juta yang mana keputusan perbicaraan itu akan di putuskan esok oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali. –MalaysiaGazette

Tiada ulasan: