HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2020

UMNO tentukan hala tuju kerajaan PN dalam masa terdekat – Zahid

Nizam Zain
MGF28072020_DS-NAJIB-KEPUTUSAN-SRC39-681x454
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjalan keluar selepas hadir untuk memberi sokongan berikutan keputusan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – UMNO akan melakukan perbincangan dalaman bagi menentukan hala tuju kerajaan Perikatan (PN) selepas Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan UMNO tidak akan duduk diam dan akan melakukan sesuatu ekoran kes ini dalam masa terdekat.

“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO. Tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan.

“Maka tentunya apa yang akan kami lakukan adalah tindakan bersifat usaha bagi menentukan hala tuju kerajaan yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri prosiding ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Najib bersalah terhadap tujuh dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram SRC International bernilai RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan tujuh tuduhan ke atas ahli Parlimen Pekan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO juga akur dengan keputusan itu sambil melahirkan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa bekas Perdana Menteri itu.

“Saya bagi pihak UMNO akur dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah terhadap Datuk Seri Najib namun sebagai sahabat saya berasa simpati dan amat sedih dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

“Namun beliau (Najib) memberitahu saya, this is not the end of the world,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: