Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah hari ini membuat laporan polis
mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh
beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan di dua tempat berbeza
I. Konvensyen Penerangan Keadilan 2020 di Hotel De Palma, Ampang pada 26 Julai 2020
II. Ceramah Bersatu Blackout di Hotel Raia, Alor Setar pada 19 Julai 2020
Ketua Pemuda Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan
Mashri membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Alor Setar
di disini, malam ini.
Beliau berkata, ahli Parlimen termasuk
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli
Parlimen Langkawi dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun,
tidak bertanggungjawab dan tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat
dengan menghadiri perhimpunan besar di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Polis kini dilaporkan sedang meyiasat penyokong- penyokong bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berada di luar pekarangan
Mahkamah Kuala Lumpur yang dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) Covid-19.
Pemuda UMNO Alor Setar juga berharap
pihak polis dapat juga mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin
Pakatan Harapan dengan adil tanpa memilih bulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan