HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2020

Anifah presiden baharu PCS

Wartawan MalaysiaGazette
Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan keluar daripada UMNO.
Anifah Aman

KOTA KINABALU – Bekas menteri luar, Anifah Aman dilantik sebagai Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu hari ini.

Anifah mengambil alih jawatan daripada bekas presiden, Wilfred Bumburing yang dilantik sebagai timbalan presiden.

Anifah bersama UMNO sehingga beliau keluar parti dan menjadi ahli politik bebas selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada September 2018.

Pengerusi Pengurus Perhimpunan Agung PCS, Kalakau Untol berkata, Anifah akan membuat kenyataan selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu dalam masa terdekat.

Menurutnya, dengan penyertaan Anifah, PCS kini menyaksikan gandingan antara pemimpin politik veteran dengan profesional muda.

”Kebanyakan ahli Majlis Tertinggi merupakan bekas ahli UMNO, PBS dan UPKP, juga terdiri daripada profesional,” katanya.

Antara yang menyertai PCS ialah Ewon Ebin, bekas Naib Presiden UPKO dan Bendahrinya, Marcus Mojigoh.

Parti tersebut juga telah meluluskan pindaan untuk menukar nama kepada Parti Kesedaran Rakyat Sabah, bersama-sama simbol dan bendera baru.

Perubahan itu perlu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum ia berkuat kuasa.

Pengerusi pemilihan PCS Ansari Abdullah berkata, PCS berhasrat untuk menubuhkan bahagian Parlimen di seluruh negeri Sabah selepas RoS meluluskan pindaan perlembagaan parti.

Malah, PCS akan menstruktur Pemuda dan Wanita, ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: