HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2020

Naib pengerusi Sarawak keluar DAP, bosan tingkah laku rakan separti

Adun Padungan Wong King Wei.

PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP Sarawak Wong King Wei semalam mengumumkan keluar parti, dengan alasan kecewa dengan arah tuju parti dan cara ia dikendalikan.

Wong dalam kenyataan berkata beliau “muak dan bosan” dengan beberapa tingkah laku ahli parti itu.

Ini termasuk tuntutan Pemuda supaya parti itu bertanding di kerusi Batu Lintang pada pilihan raya negeri akan datang. Kerusi itu sebelumnya ditandingi PKR, rakan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kenapa kau buat begitu pada sekutu kamu? Kenapa tak boleh duduk berbincang dengan rakan kamu dan selesaikan hal itu bersama?” katanya.

Adun Padungan 2 penggal itu itu juga akan menolak tawaran untuk bertanding semula. Beliau mengumumkan keluar parti lebih awal untuk memberi masa kepada DAP membuat persiapan calon baru.

Wong juga membidas taktik berkonfrontasi dan serangan peribadi terhadap mereka yang berbeza pandangan.

Serangan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Michael Kong, terhadap ahli perniagaan, Richard Wee, membuatkannya tidak selesa.

Wong berkata, jika DAP tidak boleh terima komen yang tidak menguntungkan dan harus melakukan serangan peribadi, “parti itu harus khuatir ke mana arah tujunya.”

“Saya muak dan bosan dengan cara politik seperti itu. Saya kecewa dengan arah tuju dan cara parti dikendalikan yang menyimpang daripada tujuan, objektif dan perjuangan ketika saya kali pertama menyertainya pada 2006,” katanya.

Wong tidak mempunyai rancangan untuk menyertai parti politik lain dan tidak akan bertanding pilihan raya dalam masa terdekat.

Beliau ingin menumpukan perhatian kepada kerjayanya dalam bidang guaman dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

Tiada ulasan: