HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2020

200 ahli PKR Selayang keluar parti

Wartawan MalaysiaGazette
115750559_3076838195687467_5908274897495183111_o-e1595757050871-681x597
Mantan Naib Ketua Cabang PKR Selayang, Mohd Hatta Marzuki mengumumkan beliau dan kira-kira 200 keluar parti beramai-ramai hari ini.- Gambar FB.

KUALA LUMPUR – Mantan Naib Ketua Cabang PKR Selayang, Mohd Hatta Marzuki mengumumkan beliau dan kira-kira 200 keluar parti beramai-ramai hari ini.

Tindakan itu dibuat kerana hilang kepercayaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu kenyataan ringkasnya.

Menurut Mohd Hatta, beliau dan ahli-ahli parti yang keluar akan terus bergerak atas NGO bernama Penggerak Komuniti Negara bawah pimpinan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: