Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pasti tersenyum puas dengan keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap Najib Razak hari ini, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.
Mohd Puad berkata demikian
selepas mahkamah mendapati bekas perdana menteri itu bersalah dalam
tujuh kes berkaitan dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
"Hari ini orang yang tersenyum puas apabila Najib dihukum bersalah ialah Muhyiddin bukan (Dr) Mahathir (Mohamad).
"Muhyiddin pasti berbangga kerana walaupun Najib menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong beliau sebagai PM (perdana menteri) ke-8 tetapi dia tidak boleh dibeli dengan sokongan itu.
"Muhyiddin akan mendakwa dia orang paling berprinsip. Sebab itu (Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) juga tercicir dari senarai menteri, walaupun wajar dilantik sebagai timbalan perdana menteri," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, Muhyiddin pasti berbangga kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermoral tinggi.

Namun,
katanya, ada pemimpin yang terkait dengan skandal moral dan tidak
berparti boleh pula mendapat tempat dalam kabinet Muhyiddin sebagai
menteri kanan.
"Alasannya dia belum didakwa. Sama juga dengan Zahid Md Arif yang terkenal dengan gelaran 'broker maut'. Dia juga belum dituduh. Sebab itu dilantik sebagai senator.
"Nampaknya isu moral hanya terpakai pada pemimpin Umno. Ia tidak terpakai kepada pemimpin parti lain terutamanya Bersatu.
"Apa pun Najib juga tidak pernah meminta supaya kes beliau digugurkan," tulis Puad lagi.
MR : Kenyataan yang menunjukkan masih ada orang yang bodoh dalam UMNO nak jadi batu api merosakkan PN
"Alasannya dia belum didakwa. Sama juga dengan Zahid Md Arif yang terkenal dengan gelaran 'broker maut'. Dia juga belum dituduh. Sebab itu dilantik sebagai senator.
"Nampaknya isu moral hanya terpakai pada pemimpin Umno. Ia tidak terpakai kepada pemimpin parti lain terutamanya Bersatu.
"Apa pun Najib juga tidak pernah meminta supaya kes beliau digugurkan," tulis Puad lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan