HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Julai 2020

Perkukuh Muafakat Nasional, pertahan kerajaan PN, PAS senada dengan Umno

Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan memperkukuh
kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional dan pada masa sama mempertahankan
kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: PAS senada dengan Umno untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa sama mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan berkata, PAS bersetuju dengan penegasan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bahawa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS akan terus menyokong kerajaan sedia ada.

“PAS yakin kepimpinan yang diterajui bersama oleh parti yang mendukung PN akan terus memberikan perkhidmatan terbaik di samping mengemukakan tawaran baru yang lebih bermanfaat kepada semua rakyat pelbagai kaum tanpa kecuali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, Umno tidak menyertai PN sebaliknya akan memperkasakan MN bersama PAS dan komponen BN.

Beliau pada masa sama menyerahkan kepada Jawatankuasa Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM untuk memperkukuhkan lagi kerjasama itu demi kepentingan rakyat dan negara.

Tiada ulasan: