HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2020

Tolak tepi fahaman politik, keluhan rakyat lebih penting

POLITIK

SEORANG wakil rakyat yang telah dipilih perlu mengambil tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan untuk membantu menyelesaikan semua permasalahan rakyat.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, seseorang wakil rakyat perlu menolak elemen politik untuk menyelesaikan hal rakyat.

“Jangan ada kaitan politik untuk menyelesaikan hal permasalahan rakyat. Kalau terbelenggu dengan agenda politik, itu yang boleh jadi masalah.

“Tak kiralah yang mengadu itu daripada fahaman politik apa sekalipun, kita tetap kena cuba selesaikan supaya semua pihak selesa dan tidak timbul isu tidak puas hati di kemudian hari,” katanya.

BACA> Muak, bosan: Naib Pengerusi DAP Sarawak keluar parti

Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri berkata demikian ketika melakukan pertemuan dengan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina di Hotel Silka, Cheras semalam.

Menurut Kamarudin, tujuan program itu diadakan adalah sebagai ruang dan peluang kepada NGO di kawasan Bandar Tun Razak untuk berkongsi isu-isu atau masalah rakyat yang sedang berlaku.

POLITIK
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar
(tiga dari kiri).

“Kerjasama antara wakil rakyat dan NGO dalam menjalinkan kerjasama adalah sangat penting kerana mereka (NGO) merupakan mata dan telingan dalam menyampaikan sesuatu isu.

“Alhamdulillah, sesi dialog itu berjalan dengan lancar dan kita akan cuba menyelesaikan setiap permasalahan menerusi perbincangan bersama agensi kerajaan yang terlibat,” katanya.

BACA> Aidiladha: Tiada sekatan perjalanan, hanya SOP sambutan disemak

Dalam pada itu, Kamarudin turut mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang hadir dan berharap perjumpaan sebegini dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang.

Antara NGO yang hadir ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kwong Hon, Persatuan Peniaga Taman Ikan Emas Cheras, Persatuan Penduduk Taman Orkid Desa, Persatuan Penduduk Len Sen dan lain-lain. -SM

Tiada ulasan: