HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2020

Mahkamah tolak permohonan tangguh rayuan kurangkan hukuman Najib



Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar rayuan bagi mengurangkan hukuman pada Isnin depan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, beliau menerima hujah bahawa terdapat situasi yang membolehkan pendengaran rayuan bagi mengurangkan hukuman ditangguhkan namun tertuduh perlu memberikan alasan yang munasabah bagi menjustifikasikan penangguhan itu.

“Saya tidak menganggap hujah yang diberikan ada justifikasi. Tertuduh masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan, oleh itu mahkamah ini akan meneruskan prosiding dengan mendengar rayuan tertuduh bagi mengurangkan hukuman,” kata Mohd Nazlan.- BERNAMA

Tiada ulasan: