HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Julai 2020

Ini bukan the end of the world – Najib

Nizam Zain
MGF28072020_KEPUTUSAN-NAJIB-SRC24-1-681x454
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap pada sidang media
selepas mendengar keputusan tuduhan pecah amanah pengubahan wang haram
RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret,
Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi mendapatinya bersalah terhadap tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd namun ia bukan penamat kepada perjuangan Datuk Seri Najib Razak.

Malah bekas Perdana Menteri itu tidak merasakan sokongan politiknya akan berkurangan kerana masih ada ruang untuk mencabar keputusan melalui Mahkamah Rayuan.

“Tidak, sebab ini adalah bukan the end of the world sebab ada proses rayuan dan kita harap akan berjaya nanti.

“Usaha akan diteruskan dan kepada penyokong saya, saya harap mereka dapat terus percayakan saya, percaya kepada susah payah kita, dan terus dalam positif,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur malam ini.

Sementara itu, Najib tidak merasakan hukuman Mahkamah Tinggi terhadapnya hari ini akan menjejaskan UMNO sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan secara mengejut.

“Tak mungkin, ini kena tengok kepada interpretasi dari segi undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Najib meletakkan keyakinan tinggi kepada kerjasama dan persefahaman antara Muafakat Naisonal (MN) dengan Perikatan Nasional (PN) kepada keutuhan kerajaan pada hari ini.

“Tidak semestinya, saya harap bila kita sebut kerajaan ini, kita ada semangat setiakawan sesama kita,” katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta UMNO tidak terpalit dengan seorang individu, Najib menyifatkan ia sebagai pendirian peribadi.

“Tidak, itu tiada masalah, orang boleh ada pandangan peribadi.

“Saya mungkin seorang individu tapi ramai lagi ada pandangan berbeza yang merasakan sesuatu yang lain,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: KJ harap UMNO tidak diheret bersekali dalam kes Najib

Tiada ulasan: