HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2020

Nabi Muhammad bukan lari ke Madinah, kata Menteri Agama


KUALA LUMPUR:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Nabi Muhammad tidak melarikan diri ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Beliau berkata, Nabi Muhammad berhijrah atas perintah Allah selepas merujuk dalam 1 kitab fiqh sirah karya Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti.

“Terima kasih dan pertama saya mohon maaf sebab masa itu saya tidak ada dalam dewan. Kedua, sekadar melihat beberapa sedutan semata-mata sepatutnya kalau kita lihat keseluruhan beliau (Mohamad Sabu) ada menafsirkan maksud 1 persatu.

“Saya teringat dalam 1 kitab fiqh sirah yang dikaryakan oleh guru kami Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti apabila beliau mentakrifkan hijrah. Beliau menyatakan Nabi Muhammad tatkala hijrah ke kota Madinah bukanlah bermakna Nabi Muhammad melarikan diri.

“Tetapi atas perintah tuntutan Allah dan istilah hijrah berbeza sangat dengan mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PPBM-Sabak Bernam) yang meminta penjelasan sama ada Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) boleh diklasifikasikan sebagai menghina Nabi Muhammad selepas mengeluarkan istilah tidak betul dengan menukar hijrah kepada pelarian.

Semalam, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad menarik balik kenyataannya yang Nabi Muhammad adalah pelarian.

Beliau berkata, kenyataan itu merupakan kesimpulan mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.

Sebelum itu, Mohamad mengingatkan yang tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap, kita lupa Islam itu ditegakkan oleh pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya.# FMT

 
MR :  2 penasihat AMANAH bisu lagi.. mana Ahmad Awang?

Tiada ulasan: