HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Julai 2020

Bersatu mahu sertai Muafakat Nasional

Wartawan MalaysiaGazette
MGF29022020_KEDIAMAN-MUHYIDDIN-YASSIN_06-1-681x454
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap kepada media bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua kanan) dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sebelum menuju ke istana negara bagi membuat perjumpaan bersama Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat parti itu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut beliau, hasrat itu dinyatakan Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen.

Katanya, hasrat Bersatu itu akan dibincangkan dengan Pas untuk diperhalusi.

“Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan Pas memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: