HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2020

Muak, bosan: Naib Pengerusi DAP Sarawak keluar parti

MUAK dan Bosan dengan tingkah laku ahli parti  Naib Pengerusi DAP Sarawak Wong King Wei mengumumkan keluar parti.

King Wei dalam satu kenyataan berkata, beliau kecewa dengan arah tuju parti dan cara ia dikendalikan.

“Pemimpin parti harus mengambil pendekatan inklusif di dalam parti, meraikan setiap anggota dan mendengar setiap pendapat.

“Tidak semua suara yang bertentangan bererti untuk menjatuhkan anda. Kadang-kadang, ini dapat berfungsi sebagai jalan ke arah perbaikan dan tidak semua kenyataan yang menyenangkan itu bermaksud baik kerana mereka dapat membutakan anda,” katanya.

Beliau berkata pada awal bulan ini, DAP kembali berselisih dengan PKR apabila sayap pemuda DAP Kuching menuntut untuk bertanding di kerusi Batu Lintang pada pilihan raya Sarawak akan datang.

Kerusi itu dimenangi oleh See Chee How dari PKR yang sejak itu berpaling tadah menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

“Saya ingin menunjukkan bahawa politik bukan untuk melancarkan serangan antara satu sama lain. Ketika DAP berada dalam pembangkang, kami sering melakukan hal itu.

“Ketika DAP menjadi sebahagian daripada gabungan parti pemerintah, kami masih melakukan apa yang biasa kami lakukan. Politik Sarawak memerlukan beberapa perkara positif untuk melihat negeri Sarawak terus maju,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Ahli Dewan Udangan Padungan selama dua penggal itu turut mengumumkan akan menolak tawaran untuk bertanding semula pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DAP kerana menamakan semula saya untuk mempertahankan DUN Padungan pada pilihan raya Sarawak yang akan datang, yang mungkin akan diadakan dalam waktu dekat.

“Kerusi Padungan dianggap kepemimpinan dan ahli akar umbi DAP sebagai salah satu kerusi dengan peluang kemenangan terbaik yang dipegang oleh parti itu.

“Walaupun begitu, saya dengan berat hati memberitahu bahawa saya dengan hormatnya menolak tawaran ini – untuk terus mempertahankan kerusi Padungan,” katanya.

King Wei  tidak mempunyai rancangan untuk menyertai parti politik lain. Beliau ingin menumpukan perhatian kepada kerjayanya dalam bidang guaman dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.-SM

Tiada ulasan: