HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2020

PPBM Sabah cadang pinda perlembagaan parti untuk tambah cawangan

Setiausaha PPBM Sabah Ronald Kiandee berkata, pindaan perlu dibuat supaya
penubuhan cawangan tidak lagi berdasarkan jumlah Pusat Daerah Mengundi
di setiap kawasan Parlimen.

KUANTAN: Setiausaha PPBM Sabah Ronald Kiandee mencadangkan supaya perlembagaan parti berhubung penubuhan cawangan dipinda bagi menambah jumlah cawangan sedia ada.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri makanan berkata, pindaan itu perlu supaya penubuhan cawangan tidak lagi dibuat berdasarkan jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap kawasan Parlimen.

“Penubuhan cawangan berdasarkan jumlah PDM, menyebabkan jumlah cawangan terhad. Jika jumlah cawangan ditambah seperti berasaskan kampung, maka ia membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk menjadi ahli.

“Ini sesuai dengan perkembangan semasa parti, yang semakin mendapat sambutan daripada mereka yang ingin menjadi ahli,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Berdasarkan Fasal 11.2 perlembagaan PPBM, penubuhan cawangan adalah satu cawangan bagi setiap PDM.

Tiada ulasan: