UMNO ONLINE
TANJUNG MALIM – Rakyat yang disajikan dengan pemerintahan
Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini mungkin akan menjadi
kayu ukur kepada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (DUN) Slim untuk
membuat keputusan dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi
Amin.
Naib Ketua UMNO Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin yang lebih
dikenali dengan panggilan Mak Long PTPN berkata jelas sekali apa yang
berlaku sebelum ini memperlihatkan senario atau hakikat yang sebenarnya
apabila rakyat boleh membuat perbandingan yang cukup jelas.
Menurut beliau dengan rekod 22 bulan negara di bawah zaman PH,
pengundi di Slim sudah pasti turut mengikuti perkembangan politik negara
dan pertimbangan-pertimbangan tersebut akan diambil kira untuk membuat
pilihan pada 29 Ogos nanti.
“Dengan
‘track record’ selama 22 bulan kerajaan PH, saya kira pengundi-pengundi
di sini juga mengikuti perkembangan politik tanah air apatah lagi
rakyat yang pernah hidup pada zaman kerajaan terdahulu mereka boleh buat
perbandingan mana satu parti yang boleh memberi perkhidmatan yang
terbaik dan semua rakyat tahu janji-janji serta pembohongan yang telah
dilakukan oleh kerajaan PH, manifesto-manifesto yang diabaikan tanpa
mempedulikan harapan rakyat.
“Nama sahaja Pakatan Harapan… jadi sebab itulah kalau kita tengok
PRK-PRK terdahulu malahan pada PRK di Kimanis Sabah, kita tidak sangka
PRK Parlimen Kimanis kita boleh menang dengan majoriti sebegitu yang
maknanya bukan sahaja pengundi-pengundi dan rakyat di semenanjung tetapi
juga di Sabah mereka tahu bahawa PH itu gagal dalam pentadbiran
mereka,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas Majlis Taqarrub di
Pusat Daerah Mengundi Trolak Utara sempena PRK DUN Slim 29 Ogos depan.
Tambah Noran, peluang Mohd Zaidi berpandukan kepada penerimaan rakyat
dalam tempoh berkempen ini dan apa yang rakyat dah lalui selama 22
bulan maka tentunya BN mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi PRK
DUN Slim. – UMNO Online
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan