KUALA LUMPUR: Setiausaha agung Amanah Mohd Hatta Md Ramli hari ini menafikan khabar angin 6 ahli Parlimennya dijangka keluar parti dan menyertai PPBM seperti dilapor sebuah portal.
Bercakap kepada Bernama, Hatta berkata perkara itu tidak boleh dipercayai sama sekali.
“Tak boleh percaya…’no such thing’…tak ada pun (keluar parti),” katanya.
Terdahulu, portal itu yang memetik sumber melaporkan, 6 ahli Parlimen berkenaan akan menyertai PPBM dalam masa terdekat, untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengelak krisis politik berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan