HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Ogos 2020

Biadab! DAPSY letak karektor Cina di papan tanda bahasa Melayu

fazleensafina

 

Dahulu bantah papan tanda Jawi, kini tulisan Cina boleh pula?

BANGI – Parti rasis, DAP sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila bertindak biadab meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda yang nama jalannya sudah tertera dalam bahasa Melayu.

Ketua Penerangan ANGKASA, Aysraf Badhrulhisham percaya, tindakan itu dilakukan kerana masih ramai lagi kaum Cina yang tidak boleh memahami bahasa kebangsaan walaupun sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka.

“Inilah barah yang merosakkan perpaduan negara apabila mereka tidak mahu berasimilasi dengan penduduk tempatan.

“Ini bukan negara China, rakyat sepatutnya faham bahasa kebangsaan yang telah dipasang,” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini tular gambar beberapa orang pemuda dipercayai dari DAPSY meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda jalan di arawak.

Menerusi satu hantaran di Facebook DAP Sarawak, ia melibatkan papan tanda di tiga batang jalan utama iaitu di Jalan Main Bazaar, Wayang Street dan Jalan Greenhill.

Mengulas mengenai perkara sama, Asyraf berkata, DAP beberapa bulan lalu pernah bangun membantah kewujudan papan tanda dengan tulisan Jawi yang dikuatkuasakan di Pahang.

Tindakan itu, dakwa beliau seperti mencabar arahan dari Majlis Raja-Raja yang mahu melihat tulisan Jawi disuburkan semula.

“Selang beberapa minggu kemudian, mereka menaikkan papan tanda tulisan Cina pula di Pulau Pinang sebagai reaksi balas terhadap tindakan kerajaan Pahang.

“Bersempena dengan hari kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia wajib menghormati identiti negara ini. Orang Cina wajib berasimilasi dengan penduduk tempat untuk terus mewujudkan penyatuan nasional yang lebih utuh demi kestabilan negara yang kita cintai ini,” gesanya.

Tiada ulasan: